Nukilan :Norazlin Mohamad
Mat Rock itulah nama samaran yang
aku gunakan semasa melayari laman sosial “facebook” yang sedang popular
mempengaruhi minda dan budaya masyarakat
Malaysia mutakhir ini.Bagaikan suatu kewajipan bagiku setiap hari malah
setiap kali masa terluang akan kuhabiskan masaku dengan mengadap skrin kecil
mini komputer riba yang kumiliki hampir 2 bulan lepas.Itupun setelah aku
kumpulkan hampir dua tahun kukeluarkan untuk membeli sebuah computer riba
bersaiz kecil yang harganya kurang lebih ringgit Malaysia satu ribu dua ratus.
Ketika aku sibuk membaca
kiriman-kiriman daripada rakan-rakan di laman sosial itu,tiba-tiba muncul
sebuah wajah yang tertutup indah.Cuma nampak sepasang mata yang bundar.Lalu
tumpuanku terus ke wajah itu tertera di kotak foto wajah tersebut sebuah nama
yang cukup indah dan unik bagiku...”Maya Zahra”.
Maya Zahra ingin menjadi rakan
anda.Segera aku menekan butang “permintaan menjadi rakan diterima”.Sekarang
Maya Zahra telahpun menjadi sebahagian daripada rakan-rakanku yang sudah pun
mencapai satu ribu lima puluh enam orang semuanya.Aku pun tidak menyangka dalam
masa tiga bulan sahaja aku menyertai laman sosial ini aku sudah pun mempunyai
satu ribu lebih orang rakan.
Perlahan-lahan mataku meneliti profil
Maya Zahra,statusnya belum mempunyai sebarang hubungan..”ahh lega,”kataku
sendirian.Status itu dulu yang aku ingin ketahui.Agar perhubungan yang bakal
diwujudkan mudah tanpa sebarang halangan.Usianya hamper mencecah 30-an,kiranya
lima tahun lebih muda daripada usiaku.Aku teliti pula pekerjaannya , seorang
tenaga pengajar di sebuah sekolah rendah Islam di sebuah negeri di Pantai
Timur,”Oh ustazah ..”fikirku barangkali.
Aku mula menyapa insane di alam maya
bernama Maya Zahra dengan kalimah mulia,”Assalamualaikum,”sesaat ..dua saat
..tiga saat ..aku menanti penuh debar.Apakah salam kuhulur akan bersambut ?
Nada “pop” tanda mesej ku dibalas
menyegerakan aku membuka tetingkap dialog,”waalaikumussalam” dan ada symbol
senyum dihujung perkataan itu.Bertitik tolak dari situlah bermulanya episod
baru dalam hidupku …
Aku merenung ke dada langit yang luas
membiru,hatiku menjadi lapang seluas langit yang sedang kutatap.Awan gemawan
memutih melakari kebiruan langit.Sungguh aku teruja melihat keindahan alam
ciptaan Allah SWT.Tiba-tiba dalam gumpalan awan gemawan itu aku ternampak
sepasang mata bundar yang indah dihiasi celak …Maya Zahra nama itu terbit dari bibirku.Entah
mengapa tatkala menyebut nama itu,tatkala ternampak sepasang mata bundar
itu…hatiku berbunga mekar.Perkenalan dengan Maya Zahra telah mendesak aku untuk
memiliki sebuah computer riba yang sebelum ini tidak pernah terfikir olehku
untuk memilikinya.
Sebelum ini aku hanya menggunakan
computer majikanku untuk tujuan bermain dengan permainan-permainan yang begitu
banyak dan pelbagai di dalam talian.Bermula dengan pengetahuan yang sedikit
mengenai penggunaan teknologi maklumat ini telah memdedahkan aku dengan laman
sosial “facebook”.
Aku hanyalah seorang pemandu lori
kecil bersaiz 3 tan,tugasku saban hari mengangkut barang-barang dari kilang
kecil majikanku ke kedai-kedai sekitar Bandar ini.Dengan kelulusan setakat
Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) pankat 3,pekerjaan apakah lagi yang sesuai
untukku?Sebenarnya aku sendiri sering termenung panjang memikirkan masa depanku
yang belum tentu lagi haluan.Dalam usia sebegini,rakan-rakanku telah memiliki
segala-galanya.Ada keluarga,ada isteri dan anak-anak,punya kerjaya yang
bagus,kereta cantik,rumah dan harta benda yang semakin banyak terkumpul.Tetapi
aku …apa yang aku ada ?
“Ahh …”aku mengeluh sendirian.Sampai
bilakah aku akan terus begini?Sedang usiaku beransur meniti hari .
“Saudaraku,kata Pak Hamka hidup ini
terdiri antara pahit dan manis,kalau selalu sahaja manis hati akan menjadi
bosan,kalau selalu sahaja pahit hati akan menjadi rawan,oleh itu pahit dan
manis adalah rencah kehidupan ..”
Aku merenung kata-kata Pak Hamka
yang tercoret indah di dinding laman sosial “facebook” milikku,kata-kata itu
dihantar oleh Maya Zahra.Ada kebenarannya dan itulah yang ku lalui..kerawanan
sepanjang hidupku kerana saban hari tiada yang manis kutemui hanyalah
kepahitan,tawau dan kelat kurasai.
“Aku insan sebatang kara di dunia
ini, aku mengharungi hidup sendirian semenjak kecil lagi. Bukan belas bukan
simpati yang aku tagih tetapi sekadar luahan hati untuk kau ketahui,”kata-kataku
itu kuluahkan kepada insan yang sedang melayani ku di alam maya ini.Hanya
sepasang matanya saja yang dapat kulihat,wajah dan suaranya tidak
kuketahui.Cuma baris kata-katanya cukup membuatkan hati yang kusam hati bagai
bercahaya semula.
“Aku tidak memiliki apa-apa..”kataku
lagi kepada Maya Zahra.Tiada suatu apa pun menjadi milik kita di dunia
ini.Dunia ini hanya boleh dikuasai dengan ilmu pengetahuan bukan dengan harta
benda dan kedudukan.”Aku merenung akan kebenaran kata-katanya.Dalam hati kecil
aku memuji kebijaksanaan gadis ini.
Ya benar,dunia hanya boleh dimiliki
dengan ilmu pengetahuan.Dengan ilmu aku boleh menakluki dunia.Tanpa ilmu aku
menjadi manusia yang hina kerana itu Allah SWT mengangkat darjat orang yang
berilmu dan memuliakan mereka berbanding dengan orang yang tidak berilmu.Orang
yang berilmu seperti pohon yang berbuah dan orang ramai dapat menikmati buah
tersebut.
Pagi itu aku ke tempat kerja dengan
semangat yang luar biasa.Tidak seperti selau aku melangkah lesu tetapi kali ini
bagai langkah seorang perwira sehinggakan majikanku pun turut terperasan dengan
perubahan sikapku.Tepat jam 8.00 pagi aku telahpun terpacak di stor untu
memulakan kerja-kerja pemunggahan barang yang akan ku hantar ke kedai-kedai
sekitar bandar ini.Selalunya paling awal jam 9 pagi baru aku akan kelihatan di
sektar stor itupun setelah dipanggil beberapa kali oleh penjaga stor.Namun aku
masih tidak dapat melaksanakan tugas-tugasku kerana penjaga stor pun masih
belum kelihatan ,pintu stor tertutup rapat .
“Membaca adalah anak kunci ilmu
pengetahuan ,”kata-kata Maya Zahra terlintas dibenakku.Tatkala itu juga mataku
terus fokus kea rah gerai mamak yang menjual akhbar.Aku terus melangkah ke
gerai tersebut untuk membeli surat khabar ,suatu aktiviti yang julung-julung
kali aku lakukan sebenarnya. Setelah membayar harga suratkhabar harian tersebut
aku terus bergerak kembali ke arah setor dan sambil menunggu setor dibuka dan
kedatangan kelindan yang akan membantu aku. Aku menilik satu demi satu
ruang-ruang di dalam akhbar itu.
Macam-macam berita dipaparkan,
pembunuhan kejam, pembuangan bayi, rogol dan sebagainya membuat adakala aku
menggeleng kepala sendirian melihat situasi masyarakat hari ini yang semakin
hebat dilanda dengan kebejatan sosial.
Tiba-tiba mataku tertumpu kepada satu
sudut wawancara bersama penulis buku Travelog Rindu Eropah Tawan Damascus Munir
Ramli. Aku tertarik dengan sebaris kata-kata yang di “hightlight” berbunyi
…”Kembara seluruh dunia, berhenti bila pokai, jalan semula jika berduit ..”Fasa
itu benar-benar telah memancing keinginanku untuk mengetahui apakah yang tersirat di sebalik kata-kata tersebut.
Aku berazam untuk mendapatkan buku tersebut segera mungkin. Ini juga merupakan
satu lagi julunh-julung kali berlaku dalam hidupku iaitu ingin memiliki sebuah
buku.
Malam itu seperti biasa selepas
menunaikan solat Isyak aku melayai laman sosial facebook dengan harapan yang
menggunung agar insan yang memberikan aku inspirasi sedang menunggu di situ.
Maya Zahra terlebih dahulu menyambut
kedatanganku dengan sapaan salam ukhuwwah dan aku menjawabnya dengan tenang.
Kami pun mula berbual dengan pelbagai cerita dan perkara tetapi apa yang pasti
kami belum pernah pun berbicara mengenai hati dan perasaan masing-masing.
Kata-kata Maya lembut tapi bernada tegas. Isu-isu atau topik yang diutarakannya
selalu mencabar mindaku, ini bermakna untuk berhadapan dengan wanita itu aku
perlu melengkapi diriku dengan banyak pengetahuan.
Gadis itu banyak menyuntik kesedaran
dan keinsafan kepadaku tentang peri pentingnya ilmu pengetahuan. Aku jadi
semakin teruja untuk melengkapkan diriku dengan ilmu kerana ilmu itu adalah
iman kepada segala amalan dan dengan amalan itu akan membawa manusia ke arah
ketaqwaan yang menjadi sumber kekuatan untuk manusia di dunia dan akhirat.
Mengenali Maya Zahra menjadikan aku
semakin optimis menjalani kehidupan ini. Segala kesedihan, keluhan dan
kegelisahan hampir lenyap dari membelenggu hidup.
“Saudaraku, jangan bersedih atas apa
yang berlaku sepanjang kehidupanmu...seperti kesulitan yang kau lalui akan ada
kemudahan yang akan menyusul kemudian hari, “ ahh… betapa indahnya hidupku jika
aku dapat menawan dan memilikan wanita yang mengeluarkan kata-kata sakti ini.
Tetapi ia Cuma jeritan yang gegarnya hanya di dalam hatiku, gegarnya tidak
sampai ke mana apatah lagi untuk sampai ke pengetahuan empunya diri.
Belum puas rasanya lagi aku berbicara
dengannya lewat maya malam itu, tiba-tiba dia memohon mengundur diri kerana ada
urusan yang perlu diselesaikannya. Dalam terpaksa aku merelakan pemergiannya
,sungguh berat rasa hatiku untuk melepaskannya. Aku mula merasakan ada bibit
kerinduan yang mula menghiasi ukhuwwah ini.
Meski malam semakin lewat namun mataku
masih belum mampu tertutup rapat. Ketiadaan Maya Zahra di talian ketika ini
membuatkan aku juga rasa tidak betah untuk berada lama di laman sesawang itu
tanganku mengapai novel travelog Rindu
Eropah Tawan Damascus,aku telah pun berada di Damascus dan mula
menghadiri
kelas bahasa Arab.Kegigihan dan
usaha yang dilakukan penulis untuk menguasai bahasa al-quran itu telah memutik
keinginan di dalam hatiku untuk mengenali,mempelajari dan menguasai bahasa
tersebut.Penulis juga memberikan panduan yang berupa teknik menghafal cara
pantas dan mudah.Aku menjadi semakin berminat untuk menguasai bahasa syurga ini
.
“Mat Rock,makin hensemlah awak
sekarang ini.”Kerani Cina yang sebelum ini jarang berbicara dengan aku
tiba-tiba menegurku dengan mesra.Barangkali dia juga menyedari perubahan yang
sedang ku lakukan.Pagi tadi sebelum ke tempat kerja aku sempat menggunting
sedikit hujung rambutku yang sebelum ini panjang dan ku ikat kemas.Manakala
misaim dan janggutku yang kusut masai ku cukur rapi menjadi nipis.
Nyonya manis itu masih lagi
tersenyum-senyum dihadapanku.Aku sekadar membalas senyumannya sambil terus
mengambil buku laporan dari atas mejanya dan terus berlalu pergi .
Teguran kerani Cina itu tadi
telah mengingatkan aku kepada gadis yang sedang berbunga di taman hatiku,Maya
Zahra.Alangkah …jika Maya Zahra yang memberikan pujian itu.Aku melangkah dengan
hati berbunga bahagia.Benarlah kata-kata Dr aidh Abdullah Al-Qarni dalam
bukunya La Tahzan atau (jangan bersedih)bahawa setelah kesulitan ada
kemudahan.Buku itu juga telah kumiliki sebaik Maya Zahra menyarankan kepadaku
agar membaca buku tersebut untuk bangkit dari kegagalan hidup dan ia merupakan
buku yang sarat dengan motivasi.
Sepanjang perjalanan mataku
tidak pernah lepas memandang iklan-iklan yang menawarkan kelas pelajaran bahasa
Arab.Akhirnya selepas aku singgah solat Zohor di sebuah masjid aku mendapat
tahu masjid itu ada menyediakan kelas belajar bahasa Arab.Alhamdulillah
nampaknya Allah SWT mempermudahkan urusanku.Hari-hari yang ku lalui semakin
ceria dengan aktiviti aktiviti keilmuan yang menjadikan jadual hidupku semakin
padat sehingga masaku untuk”jamming” bersama-sama dengan kawan-kawan lain
semakin terbatas.
Maya Zahra …nama yang telah
menjadi bintang hatiku.Aku telah memahatkan nama itu disuatu ruang yang cukup
istimewa dalam hatiku.Malam ini aku bertekad untuk meluahkan perasaanku lewat
pertemuan kami nanti di alam maya.Sesuai aku menyelesaikan solat Isyak aku
terus membuka komputer riba yang bagai nyawaku sekarang ini.
Minit-minit berlalu dengan begitu
sahaja,insan yang kun anti tidak menjelma aku menjadi resah gelisah,alangkah
seksanya sebuah penantian.Sudah hampir sejam aku menunggu di alam maya ini
tetapi Maya Zahra tidak juga menjelma,aku beralih pandanganku ke dinding rumah
menatap wajah jam bulat yang sudahpun menunjukkanjam 12 malam.Masih lagi Maya
Zahra tidak muncul-muncul,aku gagahkan juga lagi mataku untuk terus menanti
kemunculan Maya Zahra.Namun sehingga ke jam 4 pagi Maya Zahra tidak kunjung
tiba.Ada kekecewaan yang kurasa namun aku buangkan perasaan itu jauh-jauh.aku
pujuk hatiku.Mungkin Maya Zahra ada urusan yang penting tetapi mengapa dia
tidak memaklumkan padaku?
Hari ini sudah sebulan aku
mengikuti kelas bahasa Arab,alhamdulillah banyak perbendaharaan yang sudah aku
rasai.Hasrat dan cita-citaku untuk menerokai bidang ilmu menerusi penguasaan
bahasa Arab semakin menampakkan kesannya.Dan hari ini juga sudah sebulan Maya
Zahra membisu seribu bahasa entah ke mana menghilangnya tidak dapat aku
mengesaninya.Laman sosialku menjadi semakin sepi tanpa kehadiran Maya Zahra
namun dapat ku ubati kesepian itu dengan mendekatkan diri kepada Illahi.Tiap
kali ingatanku kepada Maya Zahra aku
pasrahkan rinduku kepada Illahi kerana dialah yang memiliki dan menguasai
sesuatu.Aku hanyalah insan yang lemah dan tiada daya upaya melainkan dengan
pertolongannya jua.
Benarlah ilmu mengangkat darjat
manusia,kini tangan ku tidak lagi memegang stereng lori ..aku sudah di sini di
sebuah institusi ilmu yang bakal menyiapkan diriku menjadi seorang Daie.Aku
teringat kata-kata Muaz bin Jabal”,Pelajarilah ilmu dengan mempelajari ilmu
kerana mengharapkan wajah Allah itu mencerminkan takut,mencari ilmu adalah
ibadah,mengkajinya adalah tasbih,menuntutnya adalah jihad,mengajarnya kepada
ahli keluarga adalah taqarrub..”
Kedinginan malam menyucuk ke
tulang sum-sumku,aku memandang dari jauh computer riba yang pernah menjadi
nyawaku.Setelah sekian lama aku tinggalkan laman sosial yang pernah menjadi
laman liburku kini aku kembali tergerak untuk membukanya semula.
Aku masih setia menanti sebuah
nama yang pernah ku puja suatu waktu dahulu Maya Zahra …namun sehingga kini pun
dia masih dia tidak muncul jua.
“Maya Zahra jika kau membaca
catatanku ini …inilah kerinduan yang ingin ku titipkan kepadamu.Aku kini bukan
lagi Mat Rock yang suatu waktu dulu hanya tahu merintih dan mengeluh menangisi
nasib diri.Tetapi aku kini bakal seorang Daie yang akan melangkah ke gelanggan
perjuangan.Terima kasih Maya Zahra engkaulah bintabg hati yang menjadi
inspirasi perjalananku kea rah ini.Walau siapa pun engkau wahai Maya Zahra aku
tetap terhutang budi denganmu,semoga dirimu sentiasa diberkati Allah SWT…”
Ku akhiri coretan itu di dinding Maya
Zahra yang sudah sekian lama tidak dikemaskini …