Thursday 24 November 2011

GADISKU SEMALU YANG PEMALU


Gadisku Semalu Yang Pemalu
Gadisku,
Si merah jambu,
Yang pemalu bagai semalu,
Jika semalu itu pemalu,
Kau lebih malu dari semalu,
Malumu itu adalah keayuanmu.
Dan..
Hanya yang tahu,
Akan ketahuan,
Indahnya ayumu,
Bukan tampak di mata,
Tapi dilihat jiwa..
Gadisku si merah jambu yang pemalu,
Kekallah di lamanmu,
Yang terhias dengan semalu,
Kerna akan ada semilir syurga,
Yang memayungimu,
Hingga sampai waktu....
Pinggiran Tasik Aman, PJ

2 comments:

  1. suka puisi ini.. puitis akak.. suka :D..
    nanti create byk2 ek..

    ReplyDelete
  2. terima kasih Iza kerana bagi akak semangat , Insya Allah...:)

    ReplyDelete